PENILAIAN

Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Di akhir kursus ini, hasil daripada pendekatan integrasi kaedah kumpulan kecil dan pembentangan pelajar dapat meneroka jenis rekabentuk, penggunaan dan kebaikan rangkaina neural dan akhirnya pelajar boleh menghasilkan satu kertas jurnal/ persidangan. Selain itu, kursus ini berjaya menyediakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat (majoring AI) dengan pengetahuan jenis-jenis & senibina, penggunaan dan kebaikan rangkaian neural buatan.

Penilaian kesan daripada pendekatan pengajaran yang digunakan pada sesi A172, A181 & A 182, ialah analisa dokumen skor peperiksaan dan refleksi pelajar.

o        Analisa dokumen skor peperiksaan A172, A181 dan A182

Keputusan peperiksaan juga merupakan antara bukti dokumen hasil kejayaan pendekatan kaedah ini. Rajah 1 perbandingan keputusan skor peperiksaan sesi A172, A181 dan A182. Didapati pada sesi A181 dan A182, dua orang pelajar memperolehi skor A dibandingkan sesi A172. Seramai 6 orang pelajar memperolehi skor A- bagi sesi A181, 2 orang pelajar memperolehi A- bagi sesi A182. Terdapat 2 orang pelajar (A181) telah memperolehi skor B+, 6 orang (A182). Tiada pelajar memperolehi skor gred C ke bawah. Ini menunjukkan peningkatan skor peperiksaan yang baik pada sesi A181 dan A182 dibandingkan sesi A172 hasil pendekatan integrasi kaedah kumpulan kecil dan pembentangan bagi subjek STIN 2054.
Rajah 1 Skor peperiksaan sesi A172 , A 181 dan A182 bagi subjek STIN 2054

o         Analisa refleksi pelajar

Refleksi pelajar juga menjadi dokumen ataupun bukti pendekatan pengajaran yang dicadangkan.

Refleksi pelajar sesi A172 bagi subjek STIN 2054 Introduction to Artificial Neural Network

Refleksi pelajar sesi A182 bagi subjek STIN 2054 Neural Network

Refleksi pelajar juga menjadi dokumen ataupun bukti pendekatan pengajaran yang dicadangkan menunjukkan pelajar sesi A152 menunjukkan minat dan faham dengan subjek yang diajar berdasarkan himpunan refleksi daripada 10 pelajar.



Comments