PENILAIAN
Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat
pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga
bagi sesuatu benda atau perkara. Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah
satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data
bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah
tercapai.
Di akhir kursus ini, hasil daripada pendekatan integrasi
kaedah kumpulan kecil dan pembentangan pelajar dapat meneroka jenis rekabentuk,
penggunaan dan kebaikan rangkaina neural dan akhirnya pelajar boleh
menghasilkan satu kertas jurnal/ persidangan. Selain itu, kursus ini berjaya menyediakan
pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat (majoring
AI) dengan pengetahuan jenis-jenis & senibina, penggunaan dan kebaikan
rangkaian neural buatan.
Penilaian kesan daripada pendekatan pengajaran yang
digunakan pada sesi A172, A181 & A 182, ialah analisa dokumen skor
peperiksaan dan refleksi pelajar.
o
Analisa dokumen skor peperiksaan A172, A181 dan A182
Keputusan peperiksaan juga merupakan antara bukti dokumen
hasil kejayaan pendekatan kaedah ini. Rajah 1 perbandingan keputusan skor
peperiksaan sesi A172, A181 dan
A182. Didapati pada sesi A181 dan A182, dua orang pelajar memperolehi skor A
dibandingkan sesi A172. Seramai 6 orang pelajar memperolehi skor A- bagi sesi
A181, 2 orang pelajar memperolehi A- bagi sesi A182. Terdapat 2 orang pelajar (A181)
telah memperolehi skor B+, 6 orang (A182). Tiada pelajar memperolehi skor gred
C ke bawah. Ini menunjukkan peningkatan skor peperiksaan yang baik pada sesi
A181 dan A182 dibandingkan sesi A172 hasil pendekatan integrasi kaedah kumpulan
kecil dan pembentangan bagi subjek STIN 2054.
Rajah 1 Skor
peperiksaan sesi A172 , A 181 dan A182 bagi subjek STIN 2054
|
o
Analisa refleksi
pelajar
Refleksi pelajar juga menjadi dokumen ataupun bukti
pendekatan pengajaran yang dicadangkan.
Refleksi pelajar sesi A172 bagi subjek STIN 2054 Introduction to Artificial Neural Network
|
Comments